Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Matapelajaran                       : Grafik Berkomputer
Tingkatan                              : 4 Amanah
Tarikh                                    : 04  Oktober  2012
Masa                                       : 10.00 pagi – 11.20 pagi (1 jam 20 minit) 
Tempat                                   : Makmal Komputer
Bilangan Pelajar                    :  5 orang senarai pelajar
Tajuk                                      : Seni Reka
Subtopik                                 : Prinsip seni reka


Hasil Pembelajaran :
          1.      Di akhir pelajaran ini, murid dapat menyenaraikan prinsip seni reka
          2.      Di akhir pelajaran ini, murid dapat menerangkan fungsi prinsip seni reka

Pengetahuan sedia ada Pelajar :
1.       Pelajar telah terdedah dengan beberapa contoh prinsip seni reka yang       
          terdapat disekitar mereka.
2.      Pelajar mempunyai pengalaman menggunakan internet dan membaca
         bahan bacaan melalui internet.
3.      Pelajar mempunyai akaun laman sosial iaitu FacebookTwitter.


Nilai Murni                     :     Kolaborasi, Kretiviti, perkongsian
 

Bahan Bantu Mengajar :      Komputer, Projektor, Facebook ,  Youtube ,  Google
                                               ,  Twitter ,  Blog
                                  
Peralatan   :                           Komputer, LCD Projektor

Set induksi :                          Paparan video  (Youtube)



Paparan Video



Langkah 1

Pengenalan Mengenai Seni reka

        Senireka bermaksud, penyusunan elemen bagi tujuan tertentu melalui suatu proses kreatif, iaitu dengan mengarahkan alam sekeliling dan membentuk semula bahan semulajadi untuk menyesuaikan dengan keperluan dan tujuan kita. Di dalam seni reka yang dipersembhkan, seseorang jurureka akan melengkapkan senireka yang dihasilkan melalui beberapa prinsip.



Langkah 2

Prinsip Seni Reka

  • Keseimbangan
  • Keharmonian
  • Kesatuan
  • Komposisi
  • Penegasan
  • Kontra
  • Pergerakan

Langkah 3

Aktiviti 1

Setiap pelajar diberi peluang untuk mencari contoh-contoh prinsip seni reka mengikut citerasa mereka melalui medium search enjin google imej

Langkah 4

Aktiviti 2


Pelajar diberi peluang untuk mencipta satu poster yang mengandungi prinsip seni reka mengikut kreativiti masing -masing

Penutup

1.Di akhir pengajaran,kefahaman pelajar akan diuji dengan kuiz yang telah disediakan
2.Pelajar akan diberi peluang untuk mengajukan soalan
3.Guru akan membuat penilaian 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MUKADIMAH

Assalammualaikum...

Salam satu MALAYSIA....

          Tujuan utama Blog ini dibangunkan adalah untuk Matapelajaran Grafik Berkomputer bagi tajuk Prinsip Seni reka .

          Cikgu harap dengan adanya blog ini mana-mana pelajar yang mengambil matapelajaran ini akan lebih mengenali dan memahami apa itu Prinsip seni reka.


MAKSUD GRAFIK

       Mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana asalnya istilah grafik ini kan? Cikgu akan memberi sedikit huraian mengenai dari mana asalnya istilah grafik ini. Istilah grafik ini berasal daripada perkataan Greek, Graphikos yang membawa maksud 'Lukisan dan Catan'. Graphein pula bermakna untuk menulis atau melambangkan penggunaan garisan. Grafik merujuk kepada bahan yang meringkaskan maklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan dan menyakinkan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. 

         Grafik boleh diertikan sebagai bahan bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka bentuk untuk memaklumkan mesej yang spesifik kepada pemerhati. Grafik diungkapkan sebagai bahan ilustrasi yang digunakan untuk memaklumkan fakta atau idea, iaitu sejenis bahasa ringkas yang universal. Bahan grafik 2D merupakan bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak ataudigambarfotokan di atas sekeping permukaan yang rata. Ia merupakan bentukseni yang mengandungi mesej dengan tujuan untuk memberi petunjuk, arahan,atau maklumat.

       Kesimpulannya, grafik ialah kepelbagaian visual bukan unjuran (non-projected visual), bahan bukan fotografi, bahan 2D yang direka bentuk khususmelalui kombinasi imej, perkataan, simbol dan lukisan untuk menyampaikanmesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satubentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual denganmenggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer


SEJARAH PERKEMBANGAN GRAFIK


        Reka bentuk grafik telah wujud semenjak zaman dahulu lagi. Orang Roman telah menggunakan pengiklanan pada sekitar  15 000- 10 000 SM di mana piktograf atas dinding gua digunakan sebagai bahasa visual. Selepas tahun 1945, kursus-kursus reka bentuk grafik berkembang di kolej-kolej seni,kolej teknikal, dan politeknik. Para pereka bentuk tersebut memasuki dunia rekabentuk percetakan, pengiklanan dan televisyen termasuklah reka bentuk korporat untuk industri dan perdagangan. Pada zaman itu, reka bentuk grafik meliputi rekaan untuk tiket bas, tanda jalan untuk laluan kenderaan,pembungkusan rokok, penggunaan tipografi untuk perkamusan sehinggalah rekaan seni dalam penerbitan majalah. 

        Seterusnya istilah komunikasi visual digunakan untuk membolehkan filem media digolongkan dalam kategori tersebut. Secara am, reka bentuk grafik ini merupakan medium atau perantara untuk pemindahan objek dan idea. Pada zaman era Victoria, seni grafik berpusat pada perkembangan masyarakat pengguna. Reka bentuk grafik yang menonjol penggunaannya dalam persurat khabaran dan poster dirangsang dengan pertumbuhan pesat perkembangan percetakan. Peralatan seperti air brush yang dipelopori pada tahun 1893 oleh Charles Burdick menggunakan semburan dakwat atau cat yang membolehkan pereka bentuk menghasilkan rekaan ton gambar yang lebih halus dan sempurna. Teknologi dan pengguna, korporat dan permintaan institusi telah memberi acuan dalam reka bentuk grafik pada penghujung kurun ke-20. 

        Walaubagaimanapun, banyak taktik dan strategi grafik kontemporari dibina berasaskan pergerakan awal kurun ke-20 seperti Kubisme, Surealisme,Futurisme, De Stjil dan Kostruktivisme. Surealisme muncul dalam dua bentuk sebelum Perang Dunia Kedua. Jurufoto terdorong menggunakan teknik surealisme kerana ia membolehkan transformasi fotografi kepada hasil seni. Seni Surealis ini menjadi ikutan para pereka bentuk ketika itu. Pada lewat kurun ke-20, reka bentuk tipografi dan muka taip dipeloporioleh De Stijl dan kontruktivisme. Di Jerman pada kurun ke-20, Herbert Beyer(Austria, 1900-85) yang mengajar di Bauhaus telah mencipta muka taip sans erif yang dipanggil universal pada tahun 1925. Ikutan revolusi Avant Gardepada tahun 1920-an telah dikomersilkan pada tahun 1930-an. Di Britain, StanleyMorison (1889-1967) telah mencipta Times New Roman pada tahun 1932. Mukataip roman ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Negara yang mengetuai rekabentuk grafik moden dalam dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua ialah Amerika Syarikat, Switzerland dan Jerman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prinsip Seni Reka

Seni Reka


1.0 Prinsip rekaan

         Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu. Terdapat 7 prinsip rekaan iaitu  :

• keseimbangan
• keharmonian
• kesatuan
• komposisi
• penegasan
• kontra
• pergerakan.


1.1 KESEIMBANGAN


          Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

A. Keseimbangan simetr
     Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 




B. Keseimbangan tidak simetri
     Unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.







1.1.1 Panduan Menentukan Keseimbangan
  • Penggunaan mata adalah cara yang terbaik menentukan keseimbangan
  • Elakkan meletakkan objek yang gelap diatas objek yang cerah @ Objek yang besar di atas objek yang kecil.
  • Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah dan objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil.
  • Hukum graviti perlu diaplikasi disini.



1.2 KEHARMONIAN


         Keharmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkankesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukangarisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam danselesa pandangan mata

  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah


Harmoni dari segi garisan



Harmoni dari segi bentuk.



1.3  KESATUAN

          Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkankesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuandalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dansempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak darisegi kekuatan karya.
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.


Kesatuan Jenis objek, warna dan rupa


Kesatuan Tema


Kesatuan tema jenis objek dan warna





1.4  KOMPOSISI









1.5  PENEGASAN



         Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai enter of Interest,Focal Point dan Eye Catcher. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

     Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objekpenegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran.Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkanfocus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.









1.6  KONTRA

Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih menarik.



  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan


Kontra dari segi bentuk

Kontra dari segi warna



 1.7 PERGERAKAN


         Pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan.
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar 
  • Fungsi pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan 







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seni Reka

Ok sebelum kita masuk secara lebih mendalam mengenai apa yang kita ingin belajar pada hari ini. Eloklah kita lihat dulu apa yang akan kita belajar ye...
 maksud cikgu apa kata kalau kita lihat apa silibus bagi  matapelajaran yang kita akan belajar...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS