Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

MUKADIMAH

Assalammualaikum...

Salam satu MALAYSIA....

          Tujuan utama Blog ini dibangunkan adalah untuk Matapelajaran Grafik Berkomputer bagi tajuk Prinsip Seni reka .

          Cikgu harap dengan adanya blog ini mana-mana pelajar yang mengambil matapelajaran ini akan lebih mengenali dan memahami apa itu Prinsip seni reka.


MAKSUD GRAFIK

       Mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana asalnya istilah grafik ini kan? Cikgu akan memberi sedikit huraian mengenai dari mana asalnya istilah grafik ini. Istilah grafik ini berasal daripada perkataan Greek, Graphikos yang membawa maksud 'Lukisan dan Catan'. Graphein pula bermakna untuk menulis atau melambangkan penggunaan garisan. Grafik merujuk kepada bahan yang meringkaskan maklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas, berkesan dan menyakinkan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. 

         Grafik boleh diertikan sebagai bahan bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka bentuk untuk memaklumkan mesej yang spesifik kepada pemerhati. Grafik diungkapkan sebagai bahan ilustrasi yang digunakan untuk memaklumkan fakta atau idea, iaitu sejenis bahasa ringkas yang universal. Bahan grafik 2D merupakan bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak ataudigambarfotokan di atas sekeping permukaan yang rata. Ia merupakan bentukseni yang mengandungi mesej dengan tujuan untuk memberi petunjuk, arahan,atau maklumat.

       Kesimpulannya, grafik ialah kepelbagaian visual bukan unjuran (non-projected visual), bahan bukan fotografi, bahan 2D yang direka bentuk khususmelalui kombinasi imej, perkataan, simbol dan lukisan untuk menyampaikanmesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga merupakan satubentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual denganmenggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer


SEJARAH PERKEMBANGAN GRAFIK


        Reka bentuk grafik telah wujud semenjak zaman dahulu lagi. Orang Roman telah menggunakan pengiklanan pada sekitar  15 000- 10 000 SM di mana piktograf atas dinding gua digunakan sebagai bahasa visual. Selepas tahun 1945, kursus-kursus reka bentuk grafik berkembang di kolej-kolej seni,kolej teknikal, dan politeknik. Para pereka bentuk tersebut memasuki dunia rekabentuk percetakan, pengiklanan dan televisyen termasuklah reka bentuk korporat untuk industri dan perdagangan. Pada zaman itu, reka bentuk grafik meliputi rekaan untuk tiket bas, tanda jalan untuk laluan kenderaan,pembungkusan rokok, penggunaan tipografi untuk perkamusan sehinggalah rekaan seni dalam penerbitan majalah. 

        Seterusnya istilah komunikasi visual digunakan untuk membolehkan filem media digolongkan dalam kategori tersebut. Secara am, reka bentuk grafik ini merupakan medium atau perantara untuk pemindahan objek dan idea. Pada zaman era Victoria, seni grafik berpusat pada perkembangan masyarakat pengguna. Reka bentuk grafik yang menonjol penggunaannya dalam persurat khabaran dan poster dirangsang dengan pertumbuhan pesat perkembangan percetakan. Peralatan seperti air brush yang dipelopori pada tahun 1893 oleh Charles Burdick menggunakan semburan dakwat atau cat yang membolehkan pereka bentuk menghasilkan rekaan ton gambar yang lebih halus dan sempurna. Teknologi dan pengguna, korporat dan permintaan institusi telah memberi acuan dalam reka bentuk grafik pada penghujung kurun ke-20. 

        Walaubagaimanapun, banyak taktik dan strategi grafik kontemporari dibina berasaskan pergerakan awal kurun ke-20 seperti Kubisme, Surealisme,Futurisme, De Stjil dan Kostruktivisme. Surealisme muncul dalam dua bentuk sebelum Perang Dunia Kedua. Jurufoto terdorong menggunakan teknik surealisme kerana ia membolehkan transformasi fotografi kepada hasil seni. Seni Surealis ini menjadi ikutan para pereka bentuk ketika itu. Pada lewat kurun ke-20, reka bentuk tipografi dan muka taip dipeloporioleh De Stijl dan kontruktivisme. Di Jerman pada kurun ke-20, Herbert Beyer(Austria, 1900-85) yang mengajar di Bauhaus telah mencipta muka taip sans erif yang dipanggil universal pada tahun 1925. Ikutan revolusi Avant Gardepada tahun 1920-an telah dikomersilkan pada tahun 1930-an. Di Britain, StanleyMorison (1889-1967) telah mencipta Times New Roman pada tahun 1932. Mukataip roman ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Negara yang mengetuai rekabentuk grafik moden dalam dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua ialah Amerika Syarikat, Switzerland dan Jerman.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan